fbpx

Diana Danielle minta cerai, Farid Kamil serah pada mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID tidak dapat mengulas lanjut susulan permohonan cerai daripada Diana dan menyerahkan keputusan tersebut untuk ditentukan mahkamah.

PETALING JAYA – “Saya serahkan kepada mahkamah untuk tentukan.”

Demikian maklum balas ringkas pelakon dan pengarah sensasi, Farid Kamil berhubung permohonan cerai yang difailkan isterinya, Diana Danielle pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) antara mereka.

Pasangan tersebut difahamkan hadir pada sebutan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, pagi tadi.

Bagaimanapun, Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 42, enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie Shukran Yusof memerintahkan mereka untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Pada masa sama, menerusi mesej  yang dihantar dalam aplikasi Whatsapp kepada Farid, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu menyatakan tidak dapat menjawab panggilan kerana berada di set penggambaran.

“Saya tengah shooting,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, isterinya, Diana, 32, juga tidak menjawab panggilan dan kiriman mesej.

Terdahulu, berita mengenai permohonan cerai membabitkan pasangan tersebut mengejutkan ramai apatah lagi mereka baru pulang daripada mengerjakan umrah sekeluarga akhir bulan lalu.

Pada 2016, pernah bertebaran spekulasi perkahwinan mereka goyah apabila Diana didakwa hadir ke Mahkamah Syariah, namun mereka enggan membuka mulut.

Rumah tangga mereka yang dibina pada November 2012 dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 7 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI