fbpx

Dewan Rakyat: Ahli Parlimen diingatkan tidak tanya soalan tidak berkaitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli, Anthony, Jamaludin pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR – Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Nor memperingatkan semua Ahli Parlimen supaya tidak mengajukan soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan lisan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, jika ada Ahli Parlimen yang berbuat demikian, menteri boleh memilih untuk tidak menjawab soalan tersebut dan beliau akan membenarkannya.

“Ingin saya peringatkan ahli dewan apabila soalan lisan, soalan tambahan dan berikutannya hendaklah ada kaitan. Jika tidak ada kaitan, menteri boleh memilih tidak menjawab pun dan saya benarkan tidak menjawab.

“Ambil maklum ya kepada mereka yang baharu dalam dewan dan yang lama juga sebagai satu ingatan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) memberikan soalan tambahan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berhubung sejauh mana usaha kerajaan menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) penerbangan berlandas syariah.

Sebelum itu, Anthony menjawab soalan lisan berhubung Projek Kedah Aerotropolis daripada Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai).

Bagaimanapun, Anthony tetap menjawab soalan daripada Jamaludin dengan menyatakan pihak kementerian tidak mempunyai halangan tersebut kerana ia terpulang kepada syarikat penerbangan.

“Dari segi pematuhan syarikat sebagainya, ia terpulang kepada mana-mana syarikat penerbangan dan kementerian tidak ada masalah. Tidak ada halangan kepada syarikat hendak mengadakan apa-apa model atau pendekatan pematuhan syariah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI