fbpx

Dewan Rakyat: 70,000 penagih jalani pemulihan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 70,000 penagih mendapatkan program rawatan pemulihan dadah dalam komuniti (RPDK) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada jumlah itu, seramai 85 OKU mendapatkan rawatan di dalam pusat kendalian AADK iaitu Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen).

“Kita akan menilai OKU tersebut dan jika mereka benar-benar tidak ada keupayaan, mereka akan dirawat melalui komuniti. Bagaiamanapun, sekiranya ada kemampuan fizikal, rawatan dibuat di Puspen,” katanya.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat selepas menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) berhubung bilangan OKU terlibat dadah di seluruh negara.

Mengulas cadangan Mohd. Suhaimi berhubung penggunaan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi merawat OKU terlibat dadah, Shamsul Anuar berkata, kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah pusat rawatan.

“Cadangan yang berhomat untuk menggunakan PLKN, akan dikaji tapi kita memang ada perancangan untuk menambah (pusat rawatan). Namun ia tidak menjurus lagi kepada PLKN.

“Selain itu dari semasa ke semasa, kita juga akan buat latihan dan meningkatkan keupayaan mereka yang berurusan untuk rawatan OKU ini. Kita juga menggalakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama-sama terutama rawatan di komuniti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI