fbpx

Bundesliga: Dortmund terus tekan Bayern Munich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DORTMUND berjaya membelasah Cologne 6-1 pada aksi Bundesliga untuk terus bersaing merebut gelaran juara musim ini. – AFP

DORTMUND – Borussia Dortmund terus memberi tekanan kepada Bayern Munich dalam perebutan takhta Bundesliga selepas membelasah Cologne 6-1 pada perlawanan yang berlangsung di Signal Iduna Park awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, Dortmund menjaringkan gol menerusi Raphael Guerreiro dan Donyell Malen serta masing-masing dua gol jaringan Sebastien Haller dan Marco Reus, manakala gol pasukan pelawat dijaringkan Davie Selke.

Jurulatih Dortmund, Edin Terzic mengakui gembira dengan kemenangan tersebut, lebih-lebih lagi beliau dapat melihat pemain-pemainnya kembali menikmati setiap aksi di atas padang.

“Kami menunjukkan persembahan yang cukup baik pada perlawanan hari ini (semalam). Dortmund bermula sangat baik dan berjaya mengawal keseluruhan permainan, jadi ia sesuatu yang positif.

“Saya gembira kerana berada pada landasan terbaik dari segi konsistensi. Semua pemain bermain sangat baik dan langsung tidak mengendurkan permainan, tidak kira sama ada penyerang atau penjaga gol,” katanya.

Sementara itu, Reus yang me­rupakan kapten pasukan percaya kemenangan itu mampu menjadi pembakar semangat buat mereka menjelang aksi penting menentang Bayern Munich selepas rehat antarabangsa.

“Kami sangat gembira dapat mencatat keputusan seperti ini sebelum saingan liga berehat. Semua pemain sangat berpuas hati dengan rentak pasukan dan ia sesuatu yang positif sebelum perlawanan penting nanti,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI