fbpx

Berjauhan, Uqasha Senrose rindu Kamal Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI Kamal yang kini dalam proses penyembuhan tidak didedahkan Uqasha atas faktor keselamatan.

PETALING JAYA – Aktres Uqasha Senrose meluahkan rasa rindu terhadap suaminya, Kamal Adli kerana terpaksa berjauhan selepas insiden serangan individu tidak dikenali di Singapura baru-baru ini.

Luahan rindu tersebut dikongsi pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkenaan menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam akaun TikTok miliknya.

“Saya rindu abang, cepat-cepat sihat.

“Siapa hendak menjadi badut untuk gembirakan saya. Dengan macam-macam tohmahan, saya perlukan abang,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian sama, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu turut memuat naik video Kamal menghiburkannya dengan menari tarian Bollywood.

Menerusi hantaran lain, dia turut memuat naik sebuah lagu Bollywood berjudul Didi Tera Devar Deewana mengenai seorang isteri mahukan perhatian daripada si suami.

Katanya, lagu tersebut ingin diberikan kepada Kamal namun sebaliknya pula yang berlaku.

“Sebelum kejadian di Singapura, saja hendak tuju lagu ini kepada Kamal iaitu mengenai isteri yang ingin dimanjakan suami.

“Tetapi sekarang saya perlu manjakan dan beri lebih perhatian untuk dia pulih semangat.

“Doakan suami saya cepat-cepat pulang ke pangkuan,” katanya lagi.

Uqasha bagaimanapun tidak berkongsi lanjut lokasi keberadaan Kamal ketika ini atas faktor keselamatan.

Sementara itu, pasangan tersebut dihujani dengan komen daripada netizen yang mendoakan terbaik untuk mereka.

Terdahulu, pada 12 Mac lalu, Kamal dilaporkan cedera parah selepas dipukul berkali-kali oleh individu tidak dikenali di bahagian kepala, muka dan badan di Singapore Expo, Singapura.

Kamal juga terpaksa menjalani pembedahan dan dirawat di Hospital Besar Changi.

Pada 14 Mc lalu, Mahkamah Singapura memerintahkan seorang lelaki berusia 33 tahun yang didakwa menyerang Kamal direman selama dua minggu bagi menjalani ujian psikiatri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI