fbpx

Bayaran haji 2023 bagi B40 kekal RM10,980

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saleh (kiri), Amrin dan Nurrin Anuwar (kanan) pada sidang media Pengumuman Kos Haji, Bayaran Haji dan Bantuan Kewangan Haji 1444H/2023 di Menara TH, Kuala Lumpur, hari ini.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan bantuan kewangan haji bersasar dan berkala untuk bakal jemaah haji muassasah pada tahun ini meskipun terdapat peningkatan kos menunaikan haji.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, kos haji bagi seorang jemaah muassasah dianggarkan meningkat kepada RM30,850 pada tahun ini, berbanding RM28,632 pada tahun lepas.

“Pada musim haji tahun ini, kadar bayaran haji untuk jemaah haji muassasah dalam kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada RM11,980 seorang, meningkat sebanyak RM1,000 berbanding tahun lepas.

“Walaupun ada peningkatan RM1,000, namun kerajaan akan menanggung kenaikan tersebut dan bakal haji kumpulan B40 hanya perlu membayar RM10,980 seorang, sama dengan kadar tahun lalu,” katanya pada sidang media di Menara TH, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd. Rahman dan Pengurus Besar Pengurusan Haji TH, Nurrin Anuwar Shamsuddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI