PETALING JAYA – Jabatan Metreologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di Pahang dan Sarawak sehingga pukul 9 pagi ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, antara kawasan yang terlibat di Pahang adalah Tanah Tinggi Cameron dan Lipis.
“Di Sarawak kawasan yang diramal berdepan cuaca buruk ini adalah Kuching (Lundu dan Kuching), Samarahan, Betong (Pusa dan Betong), Sibu (Selangau) dan Mukah (Mukah),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, cuaca di seluruh negara diramalkan dalam keadaan cerah dan baik ekoran tiada amaran hujan lebat dikeluarkan oleh MetMalaysia setakat ini.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE