fbpx

Agong berangkat hadir Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemeriksaan perbarisan Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 oleh Yang di-Pertuan Agong di Dataran Kawad Pulapol pagi ini.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menghadiri Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 di ibu negara pagi ini.

Turut berangkat pada istiadat yang diadakan di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ini adalah kali pertama Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang juga hadir.

Seramai 102 anggota kawalan kehormatan dari Pasukan Simpanan Persekutuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 bertemakan “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

Istiadat turut melibatkan persembahan pancaragam, lintas hormat tiga helikopter Pasukan Gerakan Udara jenis AS 355 dan AW 139, pentomin dan deklamasi sajak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI