fbpx

229,861 murid, pelajar mula sesi persekolahan di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rashid (tengah) ketika mengadakan aktiviti bersama pelajar sekolah SMKA (Perempuan) Al-Mashoor di George Town hari ini. -Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Sejumlah 229,861 murid dan pelajar memulakan sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik 2023-2024 di 398 sekolah seluruh Pulau Pinang hari ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 128,480 orang terdiri daripada murid sekolah rendah peringkat darjah satu hingga enam.

“Bagi 2023, sebanyak 19,862 murid terdiri daripada murid darjah satu dan kami berharap mereka memasuki alam persekolahan dengan penuh ceria dan memberi makna kepada mereka.

”Ini kerana pada minggu pertama sesi akademik kali ini, sesi pembelajaran dimulakan dengan pelbagai aktiviti yang dipenuhi elemen-elemen didik hibur bagi memastikan murid dan pelajar berasa seronok ke sekolah,” katanya dalam sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al- Mashoor di sini hari ini.

Menurutnya, antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan pada minggu pertama sesi persekolahan kali ini adalah aktiviti riadah, sukan dan lain-lain yang berkonsepkan didik hibur.

”Sejumlah lebih 200,000 pelajar dan murid yang memasuki alam persekolahan hari ini akan cuba kita latih menjadi insan cemerlang dan memiliki sahsiah yang baik.

”Kita mahu murid dan pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan minda yang seronok, kerana mereka berada di sekolah kira-kira lapan jam sehari.

”Kita tidak dapat bayangkan sekiranya dalam tempoh lapan jam di sekolah mereka memasuki sekolah dengan jiwa tidak tenteram dan ketakutan,” katanya.

Tambahnya, pada minggu pertama ini juga, para guru boleh menentukan kaedah PdP yang sesuai serta mengandungi elemen didik hibur kepada murid serta pelajar masing-masing.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI