SEJAK kebelakangan ini, nama Watie yang juga kekasih hati Shuib kerap juga muncul dalam media sosial. Bukan sahaja tentang cerita hubungan cinta tetapi termasuk penampilannya.
Memang tidak henti-hentilah dikritik netizen sejak Shuib mengesahkan mereka sedang mengenal hati budi. Kadang-kadang kasihan juga Diva lihat tetapi itulah risiko perlu diambil apabila bercinta dengan golongan selebriti.
Kapsyen fotonya ‘berjanggut’ baru-baru ini juga mengundang teka-teki ramai yang seolah-olah dia berharap agar berhenti mengecamnya.
“Menanti orang untuk berhenti komen dan menghentam sama, seperti #sampaiberjanggutdah,” katanya.
Iyalah, siapa yang tidak penat apabila semua perkara diungkit netizen. Rasa-rasanya betul apa yang netizen cakap, mungkin Watie dan Shuib perlu kahwin secepat mungkin supaya dapat tutup mulut orang.
Sabar sajalah Watie, nak jadi isteri artis banyak dugaannya.
DIVA: Dengarnya Shuib dan Watie akan kahwin pada pertengahan tahun ini, tarikh sudah semakin dekat nampaknya.