fbpx

Warga emas maut selepas 9 hari bertarung nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Persona dan motosikal mangsa ketika terlibat dalam kemalangan di persimpangan Persiaran Sungai Buloh, pada 11 Mac lalu.

PETALING JAYA – Penunggang motosikal warga emas meninggal dunia setelah sembilan hari dirawat di Hospital Sungai Buloh susulan terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan Persiaran Sungai Buloh, pada 11 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada waris mangsa sekitar pukul 6.34 petang tadi.

“Siasatan awal mendapati, mangsa berusia 62 tahun terlibat dalam kemalangan pada 11 Mac lalu (Sabtu) kira-kira pukul 7.30 pagi.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai terlanggar kereta jenis Proton Persona dari arah bertentangan dan membelok ke kanan di hadapan mangsa,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fakhrudin, mangsa telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan.

“Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada pukul 2.58 petang tadi manakala bedah siasat dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di 019-3318339 bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI