fbpx

Wan Rosdy, Johari dan Mohamed Khaled selesa kuasai jawatan Naib Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy, Johari dan Mohamed Khaled.

PETALING JAYA – Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani selesa mendahului jawatan Naib Presiden UMNO 2023.

Setakat pukul 10.30 pagi ini, Wan Rosdy kekal mendahului dengan 117 undi daripada 189 bahagian manakala Johari di tangga ketiga dengan 96 undi.

Seorang lagi adalah penyandang, iaitu Pengerusi Perhubungan UMNO Johor yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, selesa mengekalkan jawatan dengan 106 undian di tempat kedua.

Namun, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dilihat sukar untuk mempertahankan jawatan tersebut selepas meraih hanya 33 undi pada kedudukan ketujuh.

Tiga lagi pesaing bagi jawatan sama iaitu Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Seri Hasni Mohammad, gagal mengatasi undian tiga teratas.

Azalina memperoleh undian sebanyak 63, diikuti Reezal Naina Merican (45), manakala Hasni (41).

Seorang lagi calon yang bertanding, Dr. Mohd Yusof Musa, setakat ini gagal meraih sebarang undian pada kedudukan ke lapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI