fbpx

Tindakan perobohan kampung PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahman.

KLANG – Tindakan segera perobohan sebuah penempatan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) di Taman Perindustrian Air Hitam di sini, akan dilakukan jika didapati milik tanah kerajaan.

Selain itu, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang akan mengambil tindakan sama sekiranya wujud perlanggaran syarat oleh pemilik tanah tersebut.

Pegawai Daerah Klang, Shahman Jalaludin berkata, pihaknya akan melakukan semakan terperinci mengenai status pemilikan tanah kawasan berkenaan.

Katanya, notis amaran pendudukan secara tidak sah mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 akan dikeluarkan sekiranya melibatkan tanah kerajaan.

“Kita akan memberi tempoh tertentu sebelum melakukan tindakan perobohan di tanah tersebut.

“Bagi tanah persendirian, tindakan notis dikeluarkan mengikut Seksyen 127 kanun sama jika pemiliknya melanggar syarat seperti membina kediaman di atas tanah pertanian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan sebuah perkampungan dalam ladang kelapa sawit yang dihuni lebih 100 PATI dari Flores sejak enam tahun lalu digempur dalam operasi di Taman Peridustrian Air Hitam di sini, kelmarin.

Tambah Shahman, pemantauan dan penguatkuasaan sentiasa dilakukan pihaknya bagi memastikan tiada tanah kerajaan diduduki secara haram.

“Sebarang pencerobohan terhadap mana-mana tanah itu amat dipandang serius terutama melibatkan warga asing.

“Kita tidak akan sesekali berkompromi untuk mengambil tindakan mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI