fbpx

Tiada anak bukan alasan hilang nikmat – Bella Dally

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella akui sentiasa berdoa agar dikurniakan cahaya mata satu hari nanti. – AMIR KHALID

HAMPIR empat tahun membina bahagia dalam rumah tangga keduanya, pelakon jelita Bella Dally mengakui sedang melewati fasa bahagia bersama suami, seorang ahli perniagaan, Arif Izuddin.

Biarpun mahligai yang dibina mereka atas dasar cinta itu belum dikurniakan permata hati, Bella atau nama lengkapnya Nabilah Ali Dally enggan menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk dirinya kehilangan nikmat untuk bahagia bersama suami tercinta.

Malah, Bella sentiasa berfikiran positif setiap kali berbicara soal anak kerana dia percaya dengan rezeki yang telah diatur Allah SWT dalam hidupnya.

Pelakon berusia 32 tahun itu turut bersyukur apabila keluarga kedua-dua belah pihak sangat memahami dan tidak pernah mempersoalkan isu zuriat sehingga boleh membebankan fikirannya.

“Belum lagi sampai rezeki cahaya mata untuk saya. Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk kami suami isteri.

“Saya bersyukur baik keluarga saya mahupun belah suami, mereka tidak pernah mendesak atau bertanyakan tentang cahaya mata kerana memahami,” ujar Bella.

Namun, sudah namanya isteri, tipulah jika pelakon yang pernah membintangi drama Natrah itu tidak pernah menginginkan rumah tangganya dihadirkan ‘penyeri’, sekali gus menjadi pelengkap hubungan bersama suami.

“Sama seperti pasangan lain juga, saya akui sentiasa berharap dan berdoa agar dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti.

BELLA kini lebih selektif dalam menerima tawaran watak lakonan.

“Bagaimanapun, saya perlu sentiasa bersikap positif dan happy go lucky (gembira). Jika Allah kata belum rezeki saya lagi untuk menjadi seorang ibu, saya terima saja,” katanya.

Biarpun keluarga tidak pernah mengungkit perihal anak, Bella berkata, ramai pengikutnya dalam laman sosial lebih tertarik untuk bertanyakan isu tersebut secara terbuka.

“Ramai juga peminat yang bertanya dalam Instagram tentang anak tapi saya tidak jawab. Bagi saya perkara itu terlalu peribadi. Saya sendiri tiada jawapan kerana semuanya atas kehendak Allah,” jelasnya.

Berkongsi tentang perkembangan kerjaya lakonannya, Bella memilih untuk tidak terlalu aktif kerana mahu menjalani hidup yang lebih tenang.

Bagaimanapun, kata wanita kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu, dia masih lagi berkecimpung dalam lapangan seni dan belum terfikir untuk meletakkan titik noktah terhadap karier tersebut.

“Saya masih berlakon tapi dalam setahun satu atau dua projek sudah cukup buat saya. Saya tidak suka terikat dengan komitmen terlalu lama,” dedahnya.

Tambahnya lagi, jika menerima tawaran berlakon, dia mahukan skrip yang boleh menunjukkan kekuatan seorang wanita sekali gus memberi inspirasi kepada penonton.

“Sekarang saya agak memilih skrip, kalau boleh tidak mahu watak wanita lemah yang selalu dipukul dan ditindas lelaki. Saya nak watak yang memperlihatkan wanita kuat supaya boleh memberi inspirasi kepada wanita lain,” ujarnya tidak gemar menonton naskhah yang memaparkan wanita lemah dan teraniaya.

“Saya tak boleh tengok drama-drama ganas, pukul-pukul wanita. Saya sendiri akan rasa down kalau tengok drama macam tu.

“Kalau boleh saya mahukan sebuah drama yang memberi pengajaran supaya wanita luar sana tahu ada pilihan jika terperangkap dalam situasi rumah tangga toksik sebegitu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI