fbpx

Tanah kubur T20 berharga lebih RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pasangan suami isteri di Indonesia berkongsi perancangan kematian mereka apabila memilih untuk disemadikan di tanah perkuburan 'kayangan' di San Diego Hills, Indonesia.

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri di Indonesia berkongsi perancangan kematian mereka apabila memilih untuk disemadikan di tanah perkuburan harga ‘kayangan’ dan didakwa lengkap sijil menghadap kiblat di San Diego Hills, Jawa Barat, Indonesia.

Dalam video tersebut, pasangan itu turut berkongsi harga kubur bagi beberapa kategori antaranya ialah single (RM18,811), semi private (RM133,830) pakej manakala kategori private pula bernilai RM249,453.

Bukan itu sahaja, malah ada juga pakej yang lebih mahal disediakan bersama gazebo dan nisan fleksibel, namun harganya tidak dimaklumkan.

“Aku dengan Paksu putuskan untuk beli tanah kubur suami isteri dan rasanya memilih tempat kita dikubur ketika masih hidup itu ternyata sedih dan berat ya.

“Ini makam suami isteri yang dipagari dengan tanaman harga 300 jutaan, sudah habis terjual,” kongsinya.

Perkongsian di Twitter TikTok berguna itu membuatkan ramai terkejut dan rata-rata baru mengetahui kewujudan tanah perkuburan mewah sedemikian.

“Menakutkan, yang Private sahaja dah hampir RM249,000. Belum lagi kategori Pavillion dan Peak tu lagi. Tapi memang jurang kekayaan orang kaya dan miskin di Indonesia jauh luas,” kata Nasrul.

“Mereka ni memang lain macam, di Malaysia ada ke kubur macam ni?” soal Seokjinie.

“Baru tahu,” tulis Borealis ringkas.

Sebelum ini allahyarham pelakon Ashraf Sinclair turut dikebumikan di San Diego Hills di situ. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI