fbpx

Suka tengok Nad Zainal, Ungku 24 jam berkepit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MACAM merpati sejoli. Di situ ada Nad, pasti ada Ungku Ismail.

SETIAP pasangan yang sudah berkahwin pasti mempunyai prinsip tersendiri dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

Sama juga halnya dengan Nad Zainal yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail pada Januari lalu.

Sejak berkahwin macam-macamlah cerita timbul tetapi pasangan ini memang tak layan langsung dan berdiam diri sehingga hari ini.

Tolak ke tepi cerita itu, satu perkara yang Diva perasan ialah mereka kini kerap bekerja bersama-sama. Di mana ada Nad, di situlah ada Ungku.

Mungkin ramai sudah bertanya mengenai hal itu, Nad ada juga memberitahu dia okey sahaja bekerja dengan suaminya.

“Susah tak bekerja dengan suami?

“Ya dan tidak tetapi gembira dia ada di depan saya 24 jam,” katanya dalam satu hantaran InstaStory.

Betul juga apa yang Nad cakap, isteri mana yang tidak lega apabila tahu semua aktiviti suami sendiri.

Mungkin itu cara mereka, orang lain berbeza pula. Tak apalah Nad, asalkan bahagia dan semoga timang anak cepat-cepat ya.

DIVA: Ramai masih bersuara menuntut ‘video penjelasan’ yang dijanjikan Nad sebelum ini. Bila agaknya?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI