fbpx

Siti Khadijah sakit hati dikritik gemuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI KHADIJAH terasa hati apabila netizen lebih menjurus mengkritik penampilannya yang disifatkan agak tembam berbanding Niezam Zaidi.

DENGAN orang perempuan, janganlah berani-berani nak tegur tentang bentuk badan mereka sama ada gemuk atau kurus. Memang sensitif dan boleh jadi ‘singa’ dibuatnya.

Macam yang dilalui pelakon Siti Khadijah Halim baru-baru ini apabila netizen menegur dan mendakwa dirinya nampak gemuk dalam video TikTok bersama pelakon, Niezam Zaidi.

Lebih membuatkan Siti Khadijah bengang apabila netizen memuji-muji Niezam walaupun lelaki itu juga kelihatan lebih berisi dan dilihat semakin kacak.

“Sesuatu untuk diluahkan. Hantaran dalam TikTok saya baru-baru ini, Niezam dan saya kelihatan sedikit berisi.

“Tetapi Niezam terima banyak pujian yang mengatakan dia kelihatan lebih kacak apabila berat badannya bertambah. Tapi untuk saya, netizen kritik kata gemuk dan berisi seperti sesuatu perkara yang tidak baik,” luah Siti Khadijah dalam InstaStorynya.

Katanya lagi, perkara tersebut sebagai berat sebelah.

Nampak serius betul rasa tidak puas hati Siti Khadijah apabila bentuk badannya dikritik. Sesetengah wanita ada yang boleh terima dan ada yang tidak.

Tapi bagi Diva, tak kisahlah Siti Khadijah gemuk ke kurus, dia tetap nampak cantik dan seksi. Janganlah terasa hati sangat.

DIVA: Selepas pecahkan rekod Malaysia pada tahun lalu, Datuk Ifa Raziah nak pecahkan rekod dunia pula penganjuran festival Starvendors selama 100 jam tanpa henti. Tunggu!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI