fbpx

‘Setiap bulan ada orang kutip sewa di penempatan kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-kanak merupakan antara pendatang asing yang ditahan dalam operasi kelmarin.

KLANG – Pendatang asing tanpa izin (PATI) di perkampungan ha­ram di Taman Perindustrian Air Hitam di sini, bukan sahaja terpaksa membayar sewa bulanan sebanyak RM300, malah hidup dalam ketakutan disebabkan ancaman haiwan berbisa.

Seorang PATI dikenali sebagai Sofia, 30, berkata, dia baru dua bulan tinggal di perkampungan tersebut selepas dimaklumkan oleh rakan sekampungnya.

Katanya, seorang lelaki tempatan akan datang ke perkampu­ngan itu sebanyak dua kali sebulan bagi mengutip sewa berjumlah RM300 sebulan.

“Pokok kelapa sawit di sini sudah tidak berbuah lagi sebab itu ia dijadikan perkampungan haram.

“Saya bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan RM500 sebulan, memang kena berjimat cermat,” katanya ketika ditemui ketika operasi semalam.

Bercerita lanjut, Floria yang masih bujang memberitahu, dia tidak mempunyai pilihan selain tinggal di kampung berkenaan kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.

SEBAHAGIAN PATI yang diperiksa dalam operasi di sebuah perkampungan haram di Taman Perindustrian Air Hitam, Klang kelmarin.

Namun, menurut wanita itu, apa yang merisaukannya adalah kehadiran haiwan berbisa terutama ular.

“Rumah saya pernah beberapa kali dimasuki ular sawa. Nasib baik saya tidak dibelit,” ujarnya.

Sementara itu, cubaan seorang PATI lelaki menyorok bawah kolong sebuah rumah selama sejam berjaya dikesan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud yang turut me­nyertai operasi tersebut.

Ini selepas kaki lelaki itu menjulur keluar akibat terlalu lama mencangkung di dalam kolong yang berbau busuk dan dipenuhi dengan sampah.

Seorang lagi PATI dikenali Alim Perdana, 34, pula membe­ritahu, dia tinggal di kampung itu selama tiga tahun kerana pasport bersama isterinya yang menghilangkan diri mengikut lelaki lain.

Sebelum ini, dia bekerja di ladang sawit di Sabah selama empat tahun dan berhijrah ke Semenanjung dengan bekerja di sektor pembersihan.

“Malang nasib apabila isteri melarikan diri dan membawa bersama pasport saya. Tiga tahun terpaksa hidup dalam ketakutan dan ditangkap pula malam ini (kelmarin),” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI