PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) semakin memburuk setelah sebuah lori kontena terbalik di Kilometer (KM) 74.3 menyebabkan kesesakan hampir dua jam.
Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menerusi Twitter rasminya berkata, lori terbabit telah menutupi laluan kecemasan, manakala kenderaan dilihat bergerak perlahan.
Katanya, lorong kanan di KM 74.3 (Karak-Bentong) ditutup sementara bagi kerja-kerja pembersihan tumpahan diesel di lokasi.
“Pengguna disarankan menggunakan laluan susur yang telah ditetapkan.
“Sila pandu dengan berhemah dan patuhi arahan petugas di lokasi,” tegasnya.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna berkongsi keadaan semasa di Lebuh Raya KLK apabila dia turut terperangkap dalam kesesakan yang berlaku.
“Kebas kaki pandu kereta manual, siapa nak ke Bentong dan arah sama, sila guna jalan alternatif lain untuk elak anda menyesal kemudiaanya,” kongsi Azmirul. – KOSMO! ONLINE