DENVER, Colorado – Sebuah restoran di negeri Colorado, Amerika Syarikat menghidangkan menu kala jengking yang dimasak bersama coklat, nanas, cacing merah, sumsum tulang serta larva semut untuk pelanggannya, lapor laman berita NBC semalam.
Selepas mempertimbangkan beberapa respons awal dalam internet, cef dari Mexico, Jose Avila memperkenalkan hidangan yang dipengaruhi oleh gaya penduduk Aztec di restorannya.
Dia berharap dapat mendidik pelanggan mengenai masakan pra-Hispanik dan budaya yang telah wujud selama beribu-ribu tahun.
“Sama seperti cengkerik, ia rasa seperti sesuatu yang rangup tanpa perisa,” katanya.
Menurut laman berita Denver Post, Avila bernasib baik kerana mempunyai peminat makanan itu atau pencinta sejarah yang ingin menikmati perasaan seperti penduduk Aztec serta orang asli purba Mexico lain. – Agensi