fbpx

PRN: Kemenangan besar PH-BN bukti kestabilan Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang 2023 di Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan diadakan nanti menjadi penanda aras kestabilan Kerajaan Perpaduan yang terbentuk hasil kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat ketika ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kemenangan besar Kerajaan Perpaduan khususnya pada PRN di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah menjadi faktor penting kepada PH dan BN untuk terus kekal menerajui Putrajaya.

“Hanya dengan kemenangan besar kita di Pulau Pinang dapat membantu mengekalkan Kerajaan Perpaduan, dan kerajaan hari ini perlu dikekalkan kerana hanya kita yang dapat memupuk perpaduan dan membawa dasar-dasar progresif untuk negara.

“Jika Kerajaan Perpaduan ini digulingkan dan gagal dipertahankan, maka kerajaan baharu yang akan menggantikan kita kelak akan membawa negara kita ke belakang. Kita tidak boleh membenarkan mana-mana puak termasuk pelampau agama untuk menerajui negara kita,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang 2023 di sini hari ini.

Menurut Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan, kestabilan Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat juga bakal memberi kelebihan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya.

Jelas beliau, ini kerana, sekiranya DAP tidak membentuk Kerajaan Perpaduan ketika ini, Pulau Pinang akan terus dipinggirkan dari segi peruntukan seperti yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu termasuk selepas tumbangnya Kerajaan PH pada Februari 2020.

“Langkah Sheraton telah menggantikan sebuah Kerajaan Pusat yang tidak pro-Pulau Pinang, mereka meminggirkan dan menganak-tirikan Pulau Pinang, projek-projek pembangunan diketepikan dan ini sudah semestinya membantutkan pembangunan di negeri ini.

“Tetapi hari ini, kita berada di dalam Kerajaan Perpaduan dan semangat kita dalam kerajaan ini adalah kita tidak akan meminggirkan mana-mana negeri, walaupun saya Menteri daripada DAP, namun saya akan menjaga seluruh rakyat dan seluruh negeri, apatah lagi negeri-negeri PH yang sudah tentu tidak akan dipinggirkan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI