fbpx

Pemandu terlelap punca lori simen terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pengalihan kenderaan berat itu selesai sepenuhnya kira-kira pukul 3.50 petang tadi. - IHSAN PDRM

SUBANG JAYA – Pemandu lori mendakwa dirinya kepenatan lalu terlelap sehingga mengakibatkan kenderaan dipandunya terbabas sebelum terbalik melintangi jalan di Persiaran Kewajipan di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, lelaki tempatan berusia 54 tahun itu dari arah Subang Kelana menghala ke USJ 6 dengan memandu lori yang membawa muatan simen.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lori yang dipandu lelaki berkenaan terbabas lalu terbalik dan melanggar sebuah stor di bahu kiri jalan.

“Siasatan ke atas pemandu, dia mendakwa tidak sengaja terlelap semasa kejadian kerana sudah memandu jarak jauh dari arah Manjung, Perak menghala ke Subang Jaya untuk menghantar simen.

“Pemandu hanya mengalami kecederaan ringan luka di jari tangan kiri.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azlan berkata, polis trafik telah mengawal lalu lintas sepanjang proses mengalihkan lori tersebut.

Katanya, kerja-kerja pengalihan kenderaan berat itu selesai sepenuhnya kira-kira pukul 3.50 petang tadi.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan atau hubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT)
Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya, Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI