fbpx

Lawa pula rambut ‘blonde’ Ning Baizura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NING BAIZURA

PENAMPILAN terbaharu penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura betul-betul buat Diva rasa nak berdiri dan berikan tepukan ‘standing ovation’. Sangat ‘kebabom’!

Meniti usia 47 tahun, Ning masih kelihatan yakin untuk bergaya dan berani memotong rambutnya menjadi pendek dan diwarnakan dengan warna perang.

Saling tak ubah seperti gaya beraninya ketika zaman muda dahulu. Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ning telah mendapat pujian ramai peminat apabila rata-rata memujinya kelihatan cantik dengan imej tersebut.

Bukan setakat rambut, penampilannya juga semakin seksi apabila tidak segan silu menggayakan gaun pendek ketika membuat persembahan pentas.

“Warna ‘blonde’ sangat sesuai dengan awak. Cantiknya!” puji seorang peminatnya.

“Kak Ning buat gaya rambut seperti itu, tiba-tiba saya teringatkan Anita Sarawak,” kata seorang lagi peminatnya.

“Kenapa kak Ning tak pernah tua? Sangat cantik,” kata seorang pengguna Instagram.

Ning Baizura memang dari dahulu sangat yakin dengan penampilannya. Itulah kelebihannya dan tidak kisah walaupun ada yang mengkritik penampilannya itu. Syabas Ning Baizura!

DIVA: Puasa belum pun bermula, lagu raya dah dipasang di kedai-kedai menjual pakaian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI