fbpx

Kurangkanlah mencarut wahai Noh Salleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOH SALLEH

BARU-BARU ini Diva berkesempatan menonton konsert Patah Hati yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert yang dihadiri kira-kira 2,400 orang penonton itu memang meriah dan ‘havoc’. Antara penyanyi yang membuat persembahan di konsert itu ialah Aishah Retno, Ernie Zakri, Naim Daniel dan Noh Salleh.

Tapi apa yang buatkan Diva rasa kurang senang apabila tiba waktu persembahan Noh Salleh. Boleh dikatakan setiap masa penyanyi itu akan mencarut di atas pentas.

Bahasa yang digunakanya juga kedengaran tidak sopan. Diva faham mungkin sudah itu caranya berkomunikasi dengan peminat.

Diva tidak nafikan Noh sangat bijak berinteraksi dengan penonton apabila diselitkan juga unsur-unsur lawak ketika bercakap. Tapi bila terkeluar beberapa perkataan yang dirasakan kurang sopan, lama-lama Diva rasa menjengkelkan.

Lebih-lebih lagi difahamkan pada malam itu, ibu bapa kepada Noh turut hadir menyaksikan persembahannya.

Mungkin Noh dah boleh kurangkan cakap benda-benda merapu dan mencarut seiring dengan peningkatan usianya. Noh pun bukan lagi remaja seperti zaman kegemilangannya bersama Hujan.

DIVA: Terfikir, netizen memang lebih risaukan aurat artis daripada dosa diri sendirikan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI