fbpx

Kerjasama Megaklinik Zahran, Selcare Nursing lengkapi proses berpantang lebih sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nafidz (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan Selgate Healthcare, Dr. Nurul Muaz Omar (dua dari kanan) menunjukkan dokumen perjanjian di Bangi baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) telah memeterai memorandum persefahaman dengan Selcare Nursing sebuah pusat berpantang bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan bersepadu dengan pemantauan lebih baik daripada doktor kepada pelanggan khususnya ibu-ibu yang berpantang.

Pemeteraian kerjasama antara dua pusat perubatan itu menunjukkan bahawa industri perbidanan di negara ini semakin melangkah ke era yang lebih canggih bersesuaian dengan perubahan gaya hidup masyarakat yang sangat mementingkan penjagaan kesihatan yang sempurna.

Ketua Pegawai Eksekutif KMZ, Datuk Mohd. Nafidz Abdul Razak berkata, melalui kerjasama tersebut, para pelanggan daripada dua pusat tersebut bakal mendapat manfaat dari segi tawaran perkhidmatan berpantang dengan pemantauan daripada doktor perubatan kepada ibu dan bayi.

“Ibu berpantang bukan sahaja akan dijaga secara tradisional, malah akan dilpantau dari segi perubatan terkini dan juga alternatif,” katanya dalam kenyataan pada majlis pemeteraian MoU tersebut di sini baru-baru ini.

Berbanding sebelum ini, tempoh berpantang oleh ibu-ibu akan menghabiskan masa di rumah dengan penjagaan yang rapi oleh keluarga atau ibu bapa atau menggajikan bidan untuk memantau perkembangan bayi dan ibu.

Sekiranya berlaku sebarang masalah yang timbul dengan tahap kesihatan ibu dan bayi, maka mereka akan berkunjung ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Mohd. Nafidz menerangkan, terdapat dua pakej menarik yang ditawarkan iaitu pakej postnatal bersama doktor berpengalaman untuk memantau ibu berpantang di rumah atau pakej postnatal yang sama tetapi bertaraf premium.

Selain itu, melalui kerjasama tersebut, dilancarkan  Kempen Dr Mama @ Zahran yang mana ia turut menawarkan perkhidmatan nasihat berkaitan perancangan kehamilan, pemeriksaan semasa hamil dan penjagaan selepas bersalin.

Turut disediakan adalah khatan bayi lelaki dan perempuan serta vaksinasi kanak-kanak. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI