fbpx

Kekecohan pemilihan UMNO Johor Bahru, Lahad Datu akan dibawa ke JPU – Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Kekecohan dalam pemilihan di Johor Bahru dan Lahad Datu di bawa kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dibawa kepada Pengerusi JPU sama ada pemilihan akan diadakan semula atau tidakan akan dikenakan kepada individu terlibat.

“Saya ada terima laporan bahagian yang ada masalah. Saya akan bincang dengan Pengerusi JPU sama ada kita batalkan atau adakan pemilihan semula, jadi memang mana-mana parti politik ada berlaku begitu.

“Ertinya saya sendiri yakin dengan JPU ini. Setiap pemilihan ada wakil-wakil JPU di sana, mereka pantau dan laporan sebenar akan dihantar ke JPU Pusat untuk penelitian dan siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita di Menara Onn di sini malam ini.

Semantara itu, beliau berpuas hati dengan perjalanan pemilihan UMNO 2023 yang berlangsung di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI