TIADA angin tiada ribut tiba-tiba gaya tudung lama penyanyi Aina Abdul tular dalam media sosial.
Pada mulanya agak terkejut tetapi rupa-rupanya itu sedutan drama Seindah Takdir Cinta lakonan Aina sekitar 2016.
Rata-rata netizen meninggalkan komen agak terhibur, namun berpendapat ketika itu Aina tidak dikenali seperti hari ini dan belum mendapatkan khidmat penata gaya.
Terkejut juga Diva melihat gaya anak tudung Aina berwarna merah jambu, sudah seperti berbalut tuala mandi.
Apapun, itu fesyen lapan tahun lalu, sekarang Aina sudah pun berada dalam kelasnya tersendiri dan gayanya dalam setiap kemunculan pasti akan menjadi perhatian seluruh Malaysia.
DIVA: Mega dan hebat sungguh konsert Sheila Majid di WTC malam tadi, usia bukan halangan!