fbpx

F1: Mercedes enggan halang niat Hamilton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON terus bergelut untuk mencatat kemenangan selepas Mercedes gagal menyediakan jentera terbaik buatnya. – AFP

LONDON – Prinsipal Mercedes, Toto Wolff mendedahkan beliau tidak akan memaksa Lewis Ha­milton untuk kekal sekiranya juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali itu berhasrat untuk mencari pasukan baharu.

Wolff mengakui beliau tidak akan menghalang Hamilton untuk sertai pasukan lain jika Mercedes yang pernah mendominasi sukan itu gagal bangkit mencari kemenangan semula.

Pelumba Britain berusia 38 tahun itu akan tamat kontrak pada penghujung musim 2023 dan tidak pernah memenangi perlumbaan sejak dia mencatatkan rekod yang ke-103 pada Disember 2021 dengan Mercedes bergelut untuk menyediakan jentera yang kompetitif.

Lebih mengecewakan, Mercedes sekadar berada di kedudukan ke kelima sewaktu perlumbaan pembukaan di Bahrain ketika Red Bull terus menguasai saingan tersebut dengan kemenangan 1-2.

“Saya tidak fikir Hamilton akan meninggalkan Mercedes. Dia berada pada tahap di mana kami mempercayai antara satu sama lain.

“Kami membentuk ikatan yang hebat antara satu sama lain dan kami tidak mempunyai sebab untuk meragui antara satu sama lain walaupun berdepan situasi sukar ketika ini.

“Ia akan menjadi sangat baik apabila kami berjaya keluar dari masalah ini dan kembali ke persembahan yang lebih baik.

“Jika dia mahu memenangi satu lagi kejuaraan, dia perlu memastikan dia memiliki jentera terbaik, namun jika kami gagal melakukannya, dia mungkin perlu melihat pilihan lain,” kata Wolff.

Sementara itu, juara dunia musim lalu, Max Verstappen tidak menunjukkan sebarang masalah apabila mendahului ca­tatan masa pada sesi latihan ke­dua awal pagi semalam di Grand Prix Arab Saudi.

Juara dunia dua kali itu sebelum ini dikatakan mungkin tidak dapat turun pada sesi latihan akibat menahan kesakitan di perutnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI