fbpx

Azhari, Jamal kekal Ketua UMNO bahagian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhari (kiri) dan Jamal (kanan).

SHAH ALAM – Dua penyandang Ketua UMNO Bahagian berjaya mengekalkan jawatan masing-masing pada pemilihan kali ini.

Datuk Azhari Shaari kekal di Bahagian Shah Alam dengan memperoleh sebanyak 346 undi dengan menewaskan bekas Ketua Pemuda bahagian itu, Datuk Ahmad Mua’adzam Shah Ya’akop dan Zamri Shaari.

Azhari berkata, pemilihan itu dianggap perjalanan paling panjang dan amat mencabar buat dirinya.

“Biarpun menempuh pelbagai dugaan dan cabaran kali ini, saya nekad mahu terus berjuang demi UMNO.

“Alhamdulilah, kekukuhan jentera dan sokongan semua memberi kemenangan paling bermakna kepada saya,” katanya pada majlis pengumuman rasmi keputusan pemilihan bahagian itu awal pagi tadi.

Beliau sebelum ini berdepan hukuman penjara lima tahun apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas enam pertuduhan menyeleweng dana program ibadah korban bernilai RM440,000 dan penggunaan dokumen palsu.

Azhari bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Rozilah Saleh.

Sementara itu, Datuk Seri Jamal Md. Yunos kekal di Bahagian Sungai Besar bagi tiga penggal selepas menewaskan pencabarnya yang merupakan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo.

“Saya dengan rendah diri mengucapkan ribuan terima kasih kepada para perwakilan UMNO Sungai Besar kerana masih memilih saya,” jelas Jamal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI