fbpx

Wan Rosdy dahului undi jawatan Naib Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendahului undi bagi perebutan jawatan Naib Presiden UMNO setakat pukul 6.30 petang ini.

Wan Rosdy mendahului dengan 14 undi dan diikuti Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (12); Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (sembilan) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said (tujuh).

Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula meraih enam undi; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Hasni Mohammad dan penyandang jawatan tersebut, Datuk Seri Mahdzir Khalid (tiga), manakala Dr. Mohd. Yusof Musa tidak meraih sebarang undi.

Dalam pada itu, bagi jawatan Pengerusi Tetap pula, Tan Sri Badruddin Amiruldin dengan 15 undi meninggalkan pesaingnya, Datuk Shamsul Najmi Shamsudin yang meraih dua undi.

Bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap didahului Datuk Abdul Fattah Abdullah dengan 12 undi meninggalkan pencabar terdekat iaitu Datuk Othman Desa, manakala lapan calon lain tidak meraih sebarang undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI