AKTOR hebat Shukri Yahaya sepertinya sudah sinonim dengan watak lelaki psiko atau suami kejam.
Shukri hari ini sekali lagi menuai rasa benci dalam kalangan penonton drama Andai Itu Takdirnya lakonan bersama Hannah Delisha.
Masakan tidak, Hannah yang memegang watak Aleya dipaparkan sebagai isteri yang kerap disepak dan diterajang suaminya meskipun sedang sarat hamil.
Kekejaman Syukri ternyata membuatkan penonton tidak senang duduk. Masing-masing turut memuji semangat bangkit dan melawan penindasan yang ditunjukkan Hannah.
“Hebat sangat watak Hannah, bangkit untuk diri sendiri, tidak seperti karakter isteri lemah lain.
“Sumpah benci watak Aizril, pukul isteri dan sangat dayus!” komen netizen.
Andai Itu Takdirnya yang turut dibintangi Puteri Sarah Liyana dan Idzham Ismail itu turut sohor kini dalam Twitter hampir setiap hari.