fbpx

PKR tak gadai prinsip, bergabung bagi selamatkan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada kongres tersebut di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah mengadaikan prinsip dan idealisme mereka meskipun bekerjasama dengan empat parti besar dalam kerajaan perpaduan.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR memilih kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah kerana perlu menyelamatkan negara ini dengan kekuatan rakyat.

“Orang tanya dan sekarang disinggung mengapa memilih bekerjasama dengan UMNO dan BN.

“Saya jawab empat bulan lebih kita dalam kerajaan tidak sedikit pun tolak ansur soal negara hukum, anti rasuah (selain) memelihara dan membela nasib rakyat.

“Malah, seluruh kekuatan kerajaan perpaduan itu bersama kita melonjakkan perjuangan ini,” katanya ketika berucap ketika merasmikan Kongres Nasional Khas 2033 di Stadium Malawati, hari ini.

Pada majlis tersebut juga, Anwar turut melancarkan Koperasi Keadilan Berhad (KIRA).

Jelas Anwar yang merupakan Perdana Menteri, hasrat murni dalam gagasan pembasmian miskin tegar melibatkan Menu Rahmah dan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kepada 130,000 rakyat termasuk di Sabah, Sarawak, Kedah dan Pahang terus dipertikaikan dan digugat sehingga menimbulkan rasa aneh.

“Kita memilih untuk membela nasih rakyat. Kita tidak menggunakan kuasa untuk sokong pemimpin yang membawa keuntungan parti sehingga menjadi kaya raya dan mewah dalam pilihan raya.

“Apa yang boleh kita lakukan, kita gunakan segala kuasa ini untuk menjaga kepentingan rakyat. Ini bukan kerja saya tetapi seluruh jemaah menteri,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan beliau tidak tergugat dengan sebarang ugutan termasuk perhimpunan atau rampasan kuasa dalam berjuang memerangi amalan rasuah.

“Sebab itu, kita buat siasatan dan kononnya ada tindakan berbau politik. Selama ini kuasa politik melindungi penjenayah-penjenayah dan perasuah besar sehingga memperkayakan sesetengah penguasa.

“Kita akan guna kuasa itu (politik) melindungi rakyat dan menyerang para perasuah,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI