fbpx

Peruntukan RM5.7 juta baik pulih, bina rumah veteran tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly (duduk,tengah) ketika melawat Che Ahmad Mamat yang terlantar sakit di rumahnya di Kampung Pulau Panjang, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Kementerian Pertahanan memperuntukkan dana sebanyak RM5.7 juta bagi membina dan baik pulih rumah veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, peruntukan yang diluluskan itu melibatkan proses baik pulih 125 unit rumah dan pembinaan 27 unit rumah baharu.

“Sehingga kini, sebanyak 44 buah rumah telah siap dibaik pulih, manakala bagi kategori bina baharu masih belum dimulakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Jelajah Program Peduli Veteren ATM di Kampung Pulau Panjang di sini hari ini.

Dalam program itu, Adly turut mengumumkan bantuan untuk membaiki pulih rumah seorang veteran ATM, Che Ahmad Mamat, 66, sebanyak RM17,000.

Dalam perkembangan lain, Adly memberitahu, sebanyak RM140 juta dibelanjakan untuk bantuan kesihatan termasuk perkhidmatan kesihatan dan ubat-ubatan kepada golongan tersebut.

“Kita akan menilai dari masa ke semasa (perkhidmatan kesihatan) kerana mereka boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital awam atau hospital angkatan tentera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI