fbpx

Pengantin digosip tidak papar pencapaian akademik pada kad undangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan kad undangan perkahwinan pasangan berkenaan. - TikTok

JAKARTA – Sepasang pengantin di Indonesia menjadi bahan gosip penduduk setempat kerana bersetuju untuk tidak memasukkan gelaran akademik mereka pada kad undangan perkahwinan, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Gelaran akademik biasanya disertakan oleh pasangan pengantin Indonesia pada kad undangan perkahwinan sebagai penghormatan kepada ibu bapa kerana menghantar mereka belajar sehingga berjaya.

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @pijideda, nama pengantin pada setiap kad undangan perkahwinan mereka tidak disertakan dengan gelaran akademik.

Dalam video tersebut, pengantin perempuan bernama Puji mendakwa dia menerima komen kurang menyenangkan daripada jiran-jiran yang turut menyangka bahawa bakal suaminya tidak melanjutkan pelajaran ke universiti.

Wolipop kemudian menemu bual wanita bernama Nia Dahniati yang dipanggil Puji.

Wanita berusia 30 tahun itu berkata, majlis pernikahannya telah dilangsungkan pada 17 Disember 2022 di Desa Bugis, Nusa Tenggara Barat. 

Puji berkata, suaminya berhasrat enggan memasukkan gelaran akademik sebelum mereka berkahwin lagi. 

Ketika mendengar khabar bahawa keputusan itu menjadi perbualan jiran, Puji mengaku dia hanya ketawa dan tidak marah. 

“Setiap orang ada pilihan dan alasan masing-masing. Lebih-lebih lagi mengenai konsep perkahwinan, setiap orang mempunyai impian tentangnya. 

“Jadi kita boleh belajar menghormati konsep perkahwinan orang lain, tetapi kita juga kena tahu batasnya, bukan untuk menghina,” jelas Puji. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI