fbpx

Lewis Hamilton tidak akan tinggalkan Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Mercedes mendapat kritikan Hamilton mengenai reka bentuk jentera sehingga pasukan tersebut sekadar menamatkan saingan tempat kelima pada GP Bahrain baru-baru ini.

LONDON – Lewis Hamilton ­menegaskan dia masih komited sepenuhnya kepada Mercedes dan tidak bercadang untuk ‘menyertai’ pasukan lain walaupun aksi hambar pasukan itu pada musim 2023.

Juara dunia tujuh kali itu mengkritik Mercedes kerana pasukannya gagal mendengar kebimbangan terutama mengenai reka bentuk jentera sehingga pasukan kendalian Toto Wolff itu sekadar menamatkan saingan tempat kelima.

Lebih mengecewakan, Mercedes ketinggalan lebih 50 saat di belakang juara dunia musim lalu, Max Verstappen dari Red Bull pada perlumbaan pembukaan musim Grand Prix (GP) Bahrain baru-baru ini.

Disebabkan pergelutan berte­rusan, Mercedes telah membawa kepada cadangan bahawa pemandu berusia 38 tahun itu yang bakal tamat kontrak pada penghujung musim, boleh meninggalkan pasukan atau meninggalkan F1.

“Saya tidak bercadang untuk meninggalkan Mercedes, tetapi kami semua memerlukan kebangkitan.

“Saya masih mempunyai kepercayaan 100 peratus terhadap pasukan ini. Mercedes adalah keluarga saya dan saya sudah lama berada di sini, jadi saya tidak bercadang untuk pergi ke tempat lain. Kini kami perlu mula membuat beberapa keputusan berani dan beberapa langkah besar untuk merapatkan jurang dengan mereka.

“Mereka (Red Bull) kemungkinan besar akan terus dengan penguasaan mereka, melainkan Ferrari boleh menghalang. Saya berharap kami dapat merapatkan jurang,” katanya.

Ditanya sama ada Mercedes sudah membuat beberapa keputusan berani berhubung pembangunan jentera, Hamilton menegaskan, pasukan itu mula memikirkan sesuatu mengatasi masalah tersebut

“Saya fikir kami sedang dalam proses itu, jadi kita akan tunggu dan lihat selepas ini,” katanya yang kini sedang melakukan persiapan menjelang GP Arab Saudi minggu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI