fbpx

Kelengkapan sekolah tiga beradik hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Zubaidah (kanan) dan anak-anaknya tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Busu Sireh, Lubok Stol dekat Rantau Panjang hangus terbakar. FOTO ROHANA ISMAIL

RANTAU PANJANG – Persiapan tiga beradik untuk memasuki sesi persekolahan esok musnah apabila rumah mereka di Kampung Busu Sireh, Lubok Stol di sini hangus dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Nurul Riduana Ab. Jalal Sauti, 17, Anis Nabila, 15 dan Aiman Zaquan, 12, hanya mampu melihat kelengkapan persekolahan mereka dijilat api.

Ibu tiga beradik itu, Siti Zubaidah Muhammad, 48, berkata, dia tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana api merebak dengan cepat semasa dia dan suami, Ab. Jalal Sauti Awang Ahamad, 54, bersama empat orang anak sedang tidur.

Menurutnya, semasa kejadian, dia bangun untuk ke tandas sebelum terdengar letupan kecil dan meter elektrik terbakar ketika melalui ruang tamu rumah.

“Bahang panas akibat kebakaran itu juga menyebabkan anak-anak yang sedang tidur di ruang tamu turut tersedar sebelum mereka keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri. Kami sekeluarga cuba memadam kebakaran itu, namun tidak berjaya kerana api merebak dengan cepat.

“Selain semua dokumen, wang zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sebanyak RM450 yang diterima tiga anak untuk kegunaan mereka kelmarin turut terbakar. Motosikal yang digunakan untuk keluar menoreh getah turut musnah,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Ahmad Nazarudin Mahusain berkata, lapan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.35 pagi dan api berjaya dikawal kira-kira 11 minit kemudian, namun rumah jenis separuh kekal itu sudah 70 peratus musnah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI