fbpx

Jom Ziarah bukan isu besar, diapikan pihak tidak bertanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOUNG SYEFURA (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk pada Program Gerak Rahmah 2023 dan Jom Ronda peringkat negeri Pahang di Gelanggang Futsal Flat Batu Satu di Bentong malam semalam.

BENTONG – Pelaksanaan program Jom Ziarah yang melibatkan lawatan ke rumah-rumah ibadat pelbagai kaum bukan isu besar bagi negara yang berbilang kaum dan agama.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, perkara utama dalam isu itu adalah melibatkan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menjadi batu api mencetuskan suasana tidak harmoni antara kaum.

“Saya rasa sebelum ini tak pernah jadi isu ini, kalau kita buat program kita pun rasa ia sebagai pengenalan bagi kita tahu keadaannya rupa rumah ibadat untuk memahami, berkenalan satu sama lain bukan satu isu yang besar.

“Tetapi perlu ada batas dan adab sebab kita kalau pergi ke luar negara pun kita masuk juga rumah ibadat lain untuk lihat budaya dan agama mereka,” katanya pada Program Gerak Rahmah 2023 dan Jom Ronda peringkat Pahang di sini semalam.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan mengenai Projek Artikel 11 Jom Ziarah yang diusahakan Impact Malaysia, pertubuhan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mengundang reaksi negatif dalam kalangan masyarakat.

Program itu didakwa seolah-olah mengajak golongan Muslim untuk menziarahi gereja.

Bagaimanapun Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menegaskan program tersebut tidak melibatkan belia beragama Islam.

Menurut Young Syefura, rakyat Malaysia hidup dalam keadaan harmoni dan telah lama menyambut pelbagai perayaan bersama sama.

Katanya, isu itu hanya sengaja dibangkitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mencari peluang memecahbelahkan keharmonian pelbagai kaum.

“Saya harap kita sebagai rakyat Malaysia jangan mudah terpengaruh, yang penting adalah kita saling sayang menyangi hormat menghormati antara satu sama lain,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI