KUALA LUMPUR – Datuk Seri Johari Ghani, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendahului pertandingan Naib Presiden dalam pemilihan UMNO 2023.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 11 malam ini, Wan Rosdy mendahului 69 undi, Mohamed Khaled (65) dan Johari (54).
Ketiga-tiga calon itu meninggalkan lima calon lain iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said dengan 35 undi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (27), Datuk Seri Hasni Mohamad (20), Datuk Seri Mahdzir Khalid (14), manakala Dr. Mohd Yusof Musa tidak meraih sebarang undi.- KOSMO! ONLINE