fbpx

Hujan lebat di Sarawak, Sabah petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di Sarawak dan Sabah sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia melalui kenyataan di laman sesawangnya memberitahu, amaran itu dijangka berlaku dibeberapa daerah melibatkan dua negeri berkenaan.

“Di Sarawak melibatkan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Subis dan Miri) dan Limbang.

“Manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran),” kata kenyataan itu di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI