fbpx

Hanya 20 aduan diterima persidangan sayap UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD (kiri) dan Hasni menunjukkan kertas-kertas undi sebelum membuat undi pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian hari ini.

PONTIAN – UMNO berharap Persidangan Perwakilan, Bahagian UMNO yang diadakan pada pagi tadi berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mengambil kira perjalanan persidangan sayap-sayap UMNO pada minggu lalu, hanya lebih 20 laporan sahaja diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU)

Katanya, ini adalah sebagai petanda demokrasi di dalam UMNO bertambah subur dengan semua ahli-ahli sama membuat keputusan bagi memilih barisan kepimpinan bagi tempoh 2023-2026

Menurut beliau, dengan penawaran tujuh jawatan bagi jawatan Naib Presiden dan 95 calon bagi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menunjukkan UMNO tidak ketandusan pemimpin pelapis.

“Pada pagi ini 189 Bahagian UMNO di seluruh negara sedang melaksanakan proses pengundian bagi semua jawatan samada di Pusat atau Bahagian yang akan diketahui pada kira-kira pukul 10 malam ini,” katanya ketika ditemui selepas proses pengundian bagi UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini.

Seramai 690 orang perwakilan dari 117 Cawangan dalam UMNO Bahagian Pontian hadir pada persidangan perwakilan pada pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian bertanding bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian yang kini disandang oleh Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Tambah Ahmad, dalam apa juga pertandingan akan melibatkan yang menang dan kalah, namun berharap semua dapat menerimanya dengan hati terbuka kerana proses pemilihan telah dilakukan.

“Yang menang tidak menang semua, begitu juga dengan kalah juga tidak akan dipingirkan dan boleh diberikan ruang bagi terus untuk berbakti pada ruang lingkup yang lain,” ujarnya lagi .

Mengenai penawaran sebagai Ketua UMNO Bahagian Pontian pada kali ini, Ahmad menyifatkan ianya sebagai pertandingan yang sihat dan berharap diberikan peluang oleh perwakilan.

Katanya, dengan pengalaman selama 15 tahun sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian sejak 2008 boleh membantu dirinya untuk memimpin UMNO Bahagian bagi sesi 2023-2026 nanti.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI