fbpx

Budak cedera parah, tiga beranak terbabas masuk longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak yang mengalami cedera parah di bahagian kepala selepas dikeluarkan dari kereta dalam kemalangan di Jalan Liter D U19/D, Bandar Baru Sungai Buloh, hari ini.

SUNGAI BULOH – Seorang kanak-kanak perempuan cedera parah di kepala selepas kereta dipandu bapanya terbabas dalam longkang dalam kemalangan di Jalan Liter D U19/D, Bandar Baru Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.36 petang tadi.

Katanya, seramai lima anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta jenis Proton Wira telah terbabas ke dalam longkang.

“Kemalangan tersebut melibatkan pasangan suami isteri tempatan berusia lingkungan 30-an dan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Morni, kanak-kanak tersebut mengalami cedera parah di bahagian kepala, manakala pasangan tersebut hanya cedera ringan.

Jelasnya, mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI