fbpx

Arsenal perit ditunjuk jalan keluar pada Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Arsenal nyata kecewa selepas tersingkir daripada saingan Liga Europa apabila tewas penentuan sepakan penalti kepada Sporting 3-5 di Emirates awal pagi semalam.

LONDON – Kapten Arsenal, Martin Odegaard menggesa rakan-rakan sepasukannya agar bangkit lebih hebat memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tersingkir daripada saingan Liga Europa musim ini.

The Gunners gagal melangkah ke peringkat suku akhir selepas tewas 3-5 kepada jaguh Portugal, Sporting Lisbon menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat 3-3 secara agregat.

Arsenal sebelum ini diikat Sporting 2-2 di Lisbon, sekali lagi seri 1-1 dengan lawan tersebut dalam aksi timbal balik di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Hasrat skuad bimbingan Mikel Arteta itu untuk mara ke suku akhir Liga Europa tidak kesampaian selepas Gabriel Martinelli gagal menyudahkan penentuan sepakan penaltinya dalam aksi tersebut.

“Secara keseluruhan kami bermain dengan baik tetapi kami masih gagal berada pada tahap yang sebenarnya. Ini satu perlawanan yang sukar kerana Spor­ting juga pasukan yang hebat.

“Ia mengecewakan apabila anda tersingkir sebegini (penentuan sepakan penalti). Saya harap kami dapat menjadikan pengajaran ini untuk meneruskan kerja hebat yang kami lakukan sepanjang musim ini.

“Apabila kami menang semua orang gembira. Sekarang apabila tewas, kami perlu bersama-sama menaikkan semula motivasi dan terus memberikan fokus kepada aksi liga (EPL),” kata Odegaard.

Penyingkiran daripada kancah Liga Europa menyaksikan Arsenal kini boleh memberikan fokus sepenuhnya kepada kejuaraan EPL apabila mendahului carta liga dengan kelebihan lima mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI