fbpx

Andalusia tawar diskaun umrah sehingga RM300 di Matta Fair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Md Daud(kiri) Ida Riswana (kanan) bersama Ikon, Farhatul Fairuzah menunjukkan brosur dan pakej umrah Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. di Matta Fair 2023 di MITEC, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Syarikat pengendali umrah dan haji, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) menawarkan diskaun sehingga RM300 buat tempahan Pakej Umrah Andalusia sepanjang Matta Fair 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) berakhir esok.

Malah, sebanyak 300 kerusi penerbangan menunaikan umrah pada Ramadan tahun ini juga masih dibuka berserta dengan pelbagai tawaran istimewa buat mereka yang mengikutinya.

Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, tawaran menarik akan diberikan khusus buat orang ramai yang membuat tempahan di Matta Fair 2023.

“Tahun ini, pihak kami menerbangkan seramai 48,000 jemaah ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah dan menyasarkan 60,000 orang sehingga penghung tahun ini.

“Lebih menarik, pihak kami mempunyai baki 300 kerusi bagi umrah pada bulan Ramadan tahun ini yang akan disertai Ustazah Farhatul Fairuzah,” katanya selepas merasmikan brosur dan pakej umrah Andalusia di MITEC hari ini.

Farhatul merupakan juara Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa tahun 2019.

Menurut Md. Daud, berbekalkan pendaftaran dan deposit RM50 di Andalusia, secara tidak langsung orang ramai layak menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik.

“Orang ramai juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah penerbangan ke Turki, umrah dan mengembara ke serata dunia.,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pihaknya memberi jaminan kepada orang ramai untuk mengerjakan ibadah di Tanah Suci dengan tenang dan sempurna.

“Kepada bakal jemaah umrah atau haji, mereka tidak perlu khuatir dengan pakej yang ditawarkan Andalusia kerana kami sudah menandatangi perjanjian tempat penginapan dan penerbangan dengan syarikat terlibat.

“Disebabkan itu, kami bukan sahaja menerima permintaan daripada orang baharu, malah mereka yang pernah berurusan dengan kami kerana percaya dengan pengurusan yang diberikan,” katanya.

Jelas Ida, Andalusia akan terus menjadi salah satu pilihan terbaik dalam kalangan syarikat yang menerbangkan jemaah umrah dan haji di Malaysia.

Katanya, pihaknya akan memberi jaminan keselesaan kepada jemaah dari Malaysia dan mereka hanya perlu memfokuskan mengenai ibadah.

“Disebabkan pencapaian memberangsangkan ini, kami menyasarkan akan membawa 60,000 jemaah ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah dan haji pada tahun ini.

“Harapan kami untuk menerbangkan sehingga 80,000 jemaah umrah dan haji di Malaysia pada 2024/2025,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI