fbpx

Yamaha semakin hilang sabar prestasi hambar Morbidelli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORBIDELLI terus gagal membuktikan kualiti dimiliki apabila terus bergelut dengan prestasi pada ujian pramusim. – AFP

ALGARVE – Pasukan Monster Energy Yamaha semakin hilang sabar dengan pelumba mereka, Franco Morbidelli apabila menggesa dia membuktikan sesuatu pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Pada saingan musim lalu, pelumba Itali itu gagal menunjukkan peningkatan yang dimahukan meskipun dia pernah memegang status sebagai naib juara dunia di belakang pemenang, Joan Mir pada saingan 2020.

Menjelang musim baharu 2023, Morbidelli masih bergelut untuk menunjukkan kemampuan sebenar apabila sekadar berada di kedudukan ke-19 pada ujian pramusim terakhir di Litar Portimao.

“Kami fikir adalah sesuatu yang sangat penting untuk Morbidelli membuktikan dia benar-benar laju. Semua orang tahu apa yang dia mampu lakukan, oleh sebab itu kami mengharapkan sesuatu daripadanya.

“Tahun lalu, dia menunjukkan aksi cukup baik pada perlumbaan di Sepang, jadi itu yang saya mahu lihat pada saingan musim ini. Saya mahu dia menjadi seorang pelumba agresif,” kata pengarah pasukan itu, Massimo Meregalli.

Sementara itu, Morbidelli percaya beberapa perubahan kecil pada jentera dijangka mampu menjadi pencetus untuk dia kembali menemui tunggangan terbaik, sama seperti yang dilakukan tiga tahun lalu.

“Kami mencuba banyak benda baharu dan semua orang dalam pasukan sangat sibuk. Adalah sangat penting untuk dapatkan data-data bagi memastikan kami mendapat pelarasan terbaik pada hari perlumbaan nanti,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI