fbpx

Ustaz Azhar Idrus semakin pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar terkini Azhar Idrus ketika menerima kunjungan Wan Sukairi semalam.

PETALING JAYA – Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kelmarin dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan semakin pulih.

Difahamkan, Azhar dimasukkan ke HSNZ kerana batuk dan mengalami masalah paru-paru masih menerima rawatan di hospital berkenaan dan keadaannya stabil.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah menerusi Facebooknya berkata. kesihatan Azhar semakin baik selepas mendapat rawatan di hospital.

“Alhamdulillah, kesihatan Murabbi Ummah, Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus semakin bertambah baik setelah menjalani rawatan di hospital.

“Beliau dimasukkan ke hospital kelmarin kerana mengadu kurang sihat (dan) sewaktu ziarah Al-Fadhil Ustaz tadi, sempat juga beliau bergurau senda bersama kami sambil menceritakan kisah sakit yang sedang dilaluinya kini.

“Beliau juga telah dipindahkan ke wad kelas pertama di Hospital Sultanah Nur Zahirah ini dan mohon sama-sama doakan agar Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus diberi kesembuhan dan kesihatan Afiyah, insyaAllah,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI