fbpx

Suami ‘scammer’ kahwin kerana mahu jual lembu isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang isteri menghubungi polis selepas menyedari dia ditipu oleh suaminya dan berkahwin dengannya hanya kerana wanita itu memiliki dua ekor lembu. - Foto SCMP

BEIJING – Seorang isteri menghubungi polis yang menyebabkan suaminya ditangkap kerana menipu selepas berkahwin dengan mangsa hanya kerana dia mempunyai dua ekor lembu yang kemudian dijual atas suaminya, lapor portal berita South China Morning Post (SCMP) hari ini.

Wanita itu dikenali sebagai Hongjuan dan menetap di wilayah Heilongjiang, China. Dia yang memiliki ladang menyedari suaminya, Dacheng sebenarnya tidak berduit dan menipu dengan memujuknya untuk berkahwin, lapor SCMP memetik laporan Star Video.

Hongjuan bertemu Dacheng secara online dan tidak lama kemudian, jatuh cinta dengannya. Dia mempercayai dakwaan Dacheng yang mengaku kaya dan mempunyai syarikat sendiri, tiga hartanah dan wang simpanan 1.1 juta yuan (RM717,693).

Sekitar 20 hari selepas berkenalan, pasangan itu berkahwin, namun pada hari perkahwinan mereka, Dacheng meyakinkan Hongjuan supaya menjual dua ekor lembunya untuk membiayai kehidupan lebih baik di bandar. Wanita itu bersetuju menjual lembunya pada harga 17,000 yuan (RM11,091).

Dia juga menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila Dacheng tidak pernah pergi bekerja dan ketagih membeli tiket loteri di mana dia telah membelanjakan wang hasil jualan lembu itu.

Selepas wang tunai habis, Dacheng memberitahu Hongjuan untuk pulang ke rumahnya di luar bandarnya secara bersendirian untuk menyambut Tahun Baru Cina dan berkata, dia terpaksa mengikuti trip lawatan perjalanan perniagaan.

Hongjuan masih mempercayai suami baharunya tetapi kerana tiada wang, dia meminta Dacheng membantu membayar perjalanannya pulang ke kampung, namun mendapati lelaki tersebut telah menukar nombor telefon, memadam akaun media sosialnya dan menghilangkan diri.

Namun, akhirnya pihak bank mengesahkan bahawa akaun bersama mereka tidak mempunyai deposit 1.1 juta yuan menyebabkan si isteri menghubungi polis yang tidak lama kemudian menangkap Dacheng.

“Saya berkahwin dengannya untuk lembunya. Apabila saya perasan dia tidak mempunyai wang lagi, saya tinggalkan dia,” kata Dacheng semasa disoal siasat.  – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI