fbpx

Suami pukul isteri? Ini respons Jalaludin Hassan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENITIPKAN pesanan dalam rumah tangga, Jalaludin berkata, setiap pasangan perlu mendalami erti kesetiaan dan menghargai kerana hidup tanpa janji akan menjadi tidak bermakna.

PETALING JAYA – “Kadang-kadang ada juga isteri berlagak jadi mangsa.”

Demikian respons pelakon veteran popular, Datuk Jalaludin Hassan berhubung lambakan kes melibatkan golongan suami yang didakwa memukul isteri.

Beliau yang terkenal menerusi filem Baginda mengakui simpati sekiranya kejadian suami memukul isteri sebegitu benar-benar berlaku.

“Jika semuanya itu benar-benar berlaku, memang kasihan kepada si isteri dan saya tak bersetuju dengan tindakan sebegitu.

“Namun, ada juga segelintir isteri yang sengaja mereka-reka cerita dan perkara itu memberi persepsi buruk terhadap si suami.

“Kita memang kena berhati-hati dengan kes-kes sebegini,” katanya kepada Kosmo! Online selepas tayangan perdana drama Liar The Series, di sini baru-baru ini.

Sebagai orang lama, Jalaludin sempat menitipkan nasihat buat golongan suami agar menghormati isteri dan memahami perasaan mereka.

“Setialah dengan isteri, hormati dan fahami perasaan mereka. Dalamilah erti kesetiaan dan hargai kerana hidup tanpa janji akan menjadi tidak bermakna.

“Pegang kasih sayang itu dan insya-Allah rumah tangga kita akan selamat. Cuma, saya tidak faham bagaimana seorang wanita sanggup melukai hati wanita lain,” ujarnya.

Terdahulu, Jalaludin pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Hashimah Aksan pada tahun 1977 sebelum arwah isterinya menghembuskan nafas terakhir pada 2016.

Kemudian, pada tahun 2017, beliau kembali bergelar suami kepada Datin Rapidah Abdul Ghani.

Sekadar info, Liar yang dibintangi Jalaludin merupakan hasil arahan tiga pengarah iaitu Jason Chong, Lim Siu Min dan Imri Nasution.

Drama Astro Original tersebut mengisahkan kehidupan ‘gelap’ seorang guru sekolah bernama Lara lakonan Tiz Zaqyah selepas mendakwa dirinya dirogol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI