fbpx

Selangor FC sudah sedia beradu tenaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Selangor FC sudah bersedia untuk berdepan JDT pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ malam ini.

PERTEMBUNGAN heavyweight antara Selangor FC dan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pastinya menarik perhatian peminat bola sepak tempatan berbanding tiga lagi perlawanan yang dijadualkan berlangsung malam ini.

Seperti diketahui ramai, perseteruan antara kedua-dua pasukan sentiasa ada ‘Faktor X’ tersendiri, malah perhitungan juga dijangka berlangsung sengit membabitkan 22 pemain atas padang bagi mengelak menerima aib sulung pada musim ini.

Pengurus The Red Giants, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, beliau percaya pemain Selangor FC adalah individu matang dan mampu bersaing secara sihat tanpa mencetuskan sebarang tindakan tidak diingini.

“Pada saya, pemain yang terdapat dalam skuad Selangor cukup berpengalaman kerana ada lapan atau sembilan pemain kita pernah beraksi di pentas antarabangsa.

“Dari segi emosi dan kawalan perlawanan itu sendiri, saya yakin mereka mampu mena­nganinya.

“Tetapi kita harap tidak berlaku sebarang provokasi daripada mana-mana pihak kerana ia secara tidak langsung mencerminkan sifat tiada semangat kesukanan dan harus ditangani dengan baik. Kami juga harap pengadil dapat mengawal perlawanan dan tempo dengan baik,” katanya.

Berdasarkan perkiraan di atas kertas, Harimau Selatan jelas pasukan lebih baik kerana menang empat kali dalam enam pertemuan terakhir dan kekal tanpa kalah apabila seri dalam baki dua lagi pertemuan.

Pada masa sama, Mahfizul tetap menaruh harapan bintang Harimau Malaya, Faisal Halim mampu menghadirkan sesuatu buat pasukan pada pertemuan getir dengan JDT kali ini.

“Faisal menyumbang 100 pe­ratus kepada pasukan dan kalau kita lihat statistik, dia banyak menyumbangkan gol dan semua ini pasti bermakna buat rakan sepasukan.

“Jadi, kami harap Faisal dapat teruskan prestasinya dan membantu kita untuk berdepan JDT,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI