fbpx

Sayuran murah dari ladang bantu peniaga Menu Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Razak (dua kanan) bersama orang ramai yang membeli sayur-sayuran di PPHL Teluk Panglima Garang hari ini.

KUALA LANGAT – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat menyediakan belian terus sayuran dari ladang bagi membantu khususnya peniaga yang terlibat dalam Menu Rahmah.

Menurut Pengerusi PPK Kuala Langat, Dr.Abdul Razak Khasbullah, belian terus itu boleh dilakukan setiap hari bagi mengurangkan impak krisis harga sayuran yang tidak menentu.

“Sebagai contoh kita bungkus pelbagai sayur-sayuran seperti tomato, lobak, cili merah, bawang putih, bawang dalam satu bekas dan dijual dengan harga RM7 seunit.

“Secara tidak langsung, peniaga yang menawarkan Menu Rahmah tidaklah berasa terbeban dengan kos pembelian produk sayur-sayuran,” katanya ketika ditemui di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) Jalan Waja Teluk Panglima Garang di sini, hari ini.

Jelas beliau, PPHL bukan sahaja menjual sayur-sayuran untuk pasaran tempatan malahan peniaga makanan sekitar Lembah Klang turut membeli-belah di PPHL tersebut.

“Saya berharap orang ramai hadir mendapatkan barang makanan di sini yang segar dan baru diambil dari ladang,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI