PETALING JAYA – Orang ramai yang memuji bakat dan stail lakonan pelakon versetail, Beto Kusyairy terkejut apabila mengetahui watak kartun popular era 1990-an iaitu Along dipegang olehnya.
Rancangan kanak-kanak popular itu pernah disiarkan sekitar 1997 hingga 2000 yang menfokuskan berkenaan bijak sifir itu kemudiannya ditamatkan siarannya.
Nama Beto Kusyairy semakin dikenali ketika ini selepas berjaya membawa watak dalam setiap lakonannya.
Sebelum ini, Beto Kusyairy kembali popular setelah tular video senyumannya ketika mempromosikan satu jenama Baju Melayu bulan lalu.
Terbaharu, filem lakonannya Imaginur yang ketika ini masih ditayang di pawagam-pawagam tempatan juga turut mendapat pujian ramai selepas Beto Kusyairy dikatakan berjaya membawa watak utama filem tersebut.
Pengguna media sosial rata-rata memuji dan terkejut apabila mengetahui Beto Kusyairy merupakan individu yang berada dalam sut watak Along.
“Aku baru tahu dia rupanya Along, bagus Beto bermula dari bawah, bermula dari tidak dikenali. Tahniah tingkatkan lagi usaha dalam bidang lakonan anda,” jelas Nadia Farah.
“Sebenarnya tidak lama Beto pegang watak Along, tetapi dia adalah yang pertama pegang watak itu,” kata Zalisham. – KOSMO! ONLINE